Ah Long

Ah Long merupakan istilah popular bagi 'ceti haram'. Ia merujuk kepada orang perseorangan ataupun badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah (seperti bank) kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dsb.Sepanjang sejarah, undang-undang yang membenarkan amalan riba menyebabkan aktiviti ceti haram sangat lazim. Ramai peminjam wang yang menyelit di antara aktiviti sah dan tidak sah. Di dunia barat sejak kebelakangan ini, ceti haram sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan kongsi gelap.Terdapat banyak peminjam wang sah berdaftar yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada seseorang yang tidak boleh memperoleh pinjaman di kebanyakan institusi kewangan arus perdana, seperti bank-bank besar. Mereka beroperasi menggunakan wang tunai, sementara institusi kewangan arus perdana semakin banyak beroperasi secara elektronik, bermakna mereka tidak akan melayan permohonan sesiapa yang tidak memiliki akaun bank.